Perang Yamamah

Perang Yamamah berlaku pada bulan Disember 632 M. Perang ini berlaku akibat penentangan yang dilancarkan oleh Musailamah al-Kazzab yang berpusat di Yamamah terhadap kerajaan Khulafa al-Rasyidin pimpinan Saidina Abu Bakar.Pertempuran ini berlaku pada awal pagi. Musailamah menyusun pasukannya menjadi tiga bahagian iaitu bahagian tengah, sayap kanan dan sayap kiri. Sayap kanan diketuai oleh Muhakim ibn Tufail, sayap kiri dipimpin oleh Rajjal dan bahagian tengah dipimpin oleh Musailamah sendiri.Bagi tentera Islam, Khalid mengatur strategi yang sama seperti tentera Musailamah. Sayap kanan dipimpin oleh Zaid ibn Khattab, sayap kiri dipimpin oleh Abu Huzaifah dan bahagian tengah oleh Khalid sendiri.