Perang Yunani-Turki (1897)
Perang Yunani-Turki (1897)

Perang Yunani-Turki (1897)

Perang Greece-Turki (1897), ataupun disebut Perang Tiga Puluh Hari dan Black '97 di Yunani, merupakan sebuah perang yang terjadi antara pihak-pihak Yunani dan Empayar Uthmaniyyah. Punca utama peperangan ini ialah persoalan berkaitan dengan kedudukan Crete, sebuah wilayah Uthmaniyah, yang majoriti penduduknya berbangsa Yunani dan yang mahu wilayah itu digabungkan dengan kawasan tanah besar Yunani lainnya. Perang ini juga ekoran kebangkitan semula Uthmaniyah selepas banyak wilayah mereka hilang semasa Perang Rusia-Turki (1877-1878). Turki Uthmaniyah telah menang dalam peperangan ini lalu wilayah Yunani ini dijadikan jajahan Empayar Uthmaniyah.