Perang bibir

Perang Bibir ialah salah satu program gerak bibir bertemakan sebuah rancangan permainan di televisyen terbitan Primeworks Studios yang ditayangkan di saluran TV9. Musim pertama program ini ditayangkan pada musim hari raya Aidilfitri 2016 yang menampilkan Nabila Huda dan Issey Fazlisham. Pada musim kedua pula, Sherry Alhadad dan Dennis Yin dipilih sebagai pengacara dan 24 peserta yang terdiri daripada kalangan artis lelaki dan perempuan di Malaysia. Rancangan ini mula ditayangkan pada 2 Mac 2017 setiap hari Khamis. Rancangan ini ditayangkan dari jam 10.30 malam hingga 11.30 malam.