Perang total
Perang total

Perang total

Perang total atau perang menyeluruh ialah peperangan yang merangkumi seluruh sumber awam dan infrastruktur berkaitan sebagai sasaran sah tentera, mengerah semua sumber masyarakat untuk melawan peperangan, dan memberi keutamaan peperangan ke atas keperluan bukan kombatan. Kamus Amerika-Inggeris mentakrifkan perang total sebagai "perang yang tidak terbatas dari segi penggunaan senjata, pembabitan wilayah atau kombatan, atau mengejar objektif, terutama apabila salah satu undang-undang perang diabaikan."Pada pertengahan abad ke-19, para cendiakawan mengenal pasti "perang total" sebagai satu kelas peperangan yang berasingan. Dalam perang total, sehingga ke tahap yang tidak boleh dipakai kepada konflik yang kurang menyeluruh, perbezaan antara pejuang dan bukan pejuang berkurangan dan walaupun kadangkala hilang sepenuhnya kerana pihak menentang boleh menimbangkan hampir setiap sumber manusia, walaupun yang bukan pejuang, namun sebagai sebahagian daripada usaha perang.[1]Tindakan-tindakan yang boleh mencirikan konsep perang total pasca abad ke-19 termasuklah: