Peperangan ini berlaku pada bulan April 633 M. Ia dinamakan Perang Berantai kerana sejumlah besar tentera pejalan kaki Parsi pimpinan Panglima Besar
Hormuz diikat dengan rantai besi bagi mengukuh dan menguatkan serangan dan pertahanan secara berkumpulan. Dari segi teknikalnya, taktik ini akan memberi tekanan berat kepada tentera pejalan kaki musuh. Bagi peperangan ini secara amnya tentera Parsi Sassanid berjumlah 25,000 orang. Ia mempunyai kelengkapan
senjata berat dan tentera berkuda berat. Namun kelemahannya adalah pergerakannya yang lambat. Dengan kekuatan 18,000 orang, Khalid ibn al-Walid mengatasi masalah ini dengan tentera berkuda ringkasnya yang pantas & cepat. Ia membuat strategi dengan mengumpan tentera Parsi mengejarnya dari daerah
Kufier hinggalah ke daerah
Kazima yang mana membuatkan tentera Parsi keletihan. Keletihan yang dialami oleh tentera Parsi disebabkan oleh senjata berat yang mereka bawa. Setibanya tentera Parsi di
Kazima, mereka diserang hendap oleh tentera
Islam dengan secara mengejut. Sewaktu peperangan, Hormuz meletakkan beberapa orang tentera
elitnya untuk mengawal keselamatannya. Namun, kesemua tentera elit beliau dapat dibunuh oleh salah seorang panglima Islam iaitu
Qa'qa ibn Amru. Akhirnya pertempuran ini dimenangi oleh tentera Islam.
Hormuz juga terkorban dalam peperangan ini setelah Khalid ibn al-Walid berjaya membunuh beliau.Bagi tentera
Parsi, rantai yang diikat di kaki mereka memberi peluang kepada tentera
Islam untuk menyerang dengan lebih mudah sehinggakan jumlah tentera Parsi yang terkorban mencecah ribuan orang.