Pencetus Perang_Bunga_Ros

Raja Edward III mempunyai banyak putera. Kemangkatan putera sulung baginda, Edward, Si Putera Hitam, menyebabkan takhta diwarisi anaknya Richard, kemudiannya Richard II dari England pada 1377 ketika berusia 10 tahun. Baginda menghukum sepupunya Henry dibuang negeri, namun Henry kembali beberapa lama kemudian ketika Richard masih dalam keberangkatan di Ireland lalu mengambil alih tampuk kekuasaan England. Richard ditahan dan dimasukkan ke dalam penjara sehingga baginda mangkat di sana, Henry pula diangkat menjadi Raja Henry IV.

Cucunda Henry iaitu Henry VI masih kecil ketika dimahkotakan sebagai raja England pada tahun 1422. Sesetengah rakyat menjadi tidak berpuas hati dengan baginda yang dianggap sebagai seorang pemerintah yang lemah kerana rasa tidak minatnya kepada politik setempat, penyakit mental yang berlanjutan serta pengaruh telunjuk permaisurinya, Margaret dari Anjou. Raja Henry VI akhirnya digulingkan Edward dari York dan sepupu Henry sendiri dengan bantuan Richard Neville, Earl Warwick lalu tercetuslah "peperangan mawar-mawar" ini.