Perang_Byzantine–Uthmaniyah
Perang_Byzantine–Uthmaniyah

Perang_Byzantine–Uthmaniyah

Perang Byzantine–Uthmaniyah ialah satu siri konflik muktamad antara pihak Turki Uthmaniyah dengan Byzantine yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine dan kebangkitan Empayar Uthmaniyah.Dalam tahun 1204, ibu kota Byzantine, Constantinople (sekarang Istanbul), dijarah dan diduduki oleh bala tentera Salibi, satu saat penting dalam Perpecahan Timur-Barat Kristian. Empayar Byzantine, yang sudahpun lemah akibat pemerintahan salah, berpecah dan berada dalam keadaan kelam kabut.[1] Kesultanan Rum telah mengambil kesempatan dan mula merampas wilayah di Asia Barat (Asia Minor) sehinggalah mereka berjaya ditentang oleh Empayar Nicaea dan dihalang daripada merampas tanah-tanah yang masih di bawah pemerintahan Romawi. Akhirnya Constantinople dirampas semula oleh Empayar Latin dalam tahun 1261 M oleh Empayar Nicaea. Walau bagaimanapun, kedudukan Empayar Byzantine di benua Eropah masih tidak menentu akibat kehadiran kerajaan-kerjaan yang bersaing dengannya, yakni Despotate Epirus, Serbia dan Empayar Bulgaria Kedua. Keadaan sedemikian, dicampuri pula dengan pengurangan kuasa Kesultanan Rum (pesaing utama Byzantine di Asia) membawa kepada pengunduran anggota tentera dari Asia Minor buat memperkukuhkan kedudukan Byzantine di Thrace.[2] Walaupun demikian, kelemahan Kesultanan Rum bukan merupakan barakah buat Empayar oleh sebab para bangsawan yang dikenali sebagai ghazi mula membina jajahan sendiri dan ini mengakibatkan kerugaian pihak Byzantine. Sementara ramai bey Turk mengambil bahagian dan penaklukan wilayah Byzantine dan Seljuk, wilayah-wilayah di bawah pemerintahan seorang Bey bernama Osman I menjadi ancaman terbesar buat Nicaea dan Constantinople. Menjelang tahun 1299 M, Osman I berasa keduduaknnya sudah kuat dan menggelar dirinya Sultan dan selepas itu wilayah-wilayah di bawah jajahannya dikenali sebagai Empayar Uthmaniyh.Dalam masa 50 tahun selepas penubuhan beylik Uthmaniyyah oleh Osman I, Asia Minor Byzantine menjadi pupus[3] dan menjelang ca. 1380 M, Thrace Byzantine pula jatuh ke tangan Uthmaniyyah. Dalam ca. 1400, Empayar Byzantine yang pada suatu masa dahulu gagah dan kuat, tidak lebih daripada himpunan Despotate Morea, beberapa pulau Aegean dan genting tanah di Thrace, berdekatan dengan wilayah Ibu Kota. Perang Salib Nicopolis yang berlangsung dalam tahun 1396 M, serangan Timur dalam tahun 1402 dan terakhir sekali, Perang Salib Varna dalam tahun 1444 membolehkan Constantinople yang sudah hancur itu menangkis kekalahan sehinggalah tahun 1453. Dengan tamatnya peperangan, keutuhan Uthmaniyah tertubuh di timur Mediterranean.

Perang_Byzantine–Uthmaniyah

Tarikh 1265–1479 M
TarikhLokasiHasil
Tarikh1265–1479 M
LokasiAsia (Asia Minor), Balkan
HasilKemenangan Uthmaniyyah
Kejatuhan Empayar Byzantine
Lokasi Asia (Asia Minor), Balkan
Hasil Kemenangan Uthmaniyyah
Kejatuhan Empayar Byzantine