Perang_Candu_Pertama
Perang_Candu_Pertama

Perang_Candu_Pertama

Perang Candu Pertama (1839–42), juga dikenali sebagai Perang Inggeris-China[nb 2], berlangsung antara United Kingdom dan Dinasti Qing China berkenaan perbezaan sudut pandangan mengenai hubungan diplomatik, perdagangan, dan pentadbiran keadilan.[3]Pegawai China ingin mengawal penyebaran candu dan merampas bekalan candu daripada pedagang British. Kerajaan British, sungguhpun tidak menafikan hak China untuk mengawal import, membantah rampasan ini dan menggunakan kekuatan tenteranya bagi memaksa penyelesaian ganti rugi.[3]Dalam tahun 1842, Persefahaman Nanking—yang pertama daripada apa yang dikenali oleh China kemudiannya sebagai Perjanjian Tak Setanding—memberikan ganti rugi kepada Britain, membuka lima pelabuhan perjanjian (Inggeris: "treaty ports"), dan penyerahan Pulau Hong Kong, dan menamatkan monopoli perdagangan pada Sistem Canton. Kegagalan perjanjian bagi memenuhi matlamat British bagi membaiki hubungan perdagangan dan diplomatik mendorong kepada Perang Candu Kedua (1856–60).[4] Perang ini kini dianggap sebagai permulaan sejarah China moden di China.[5][6]Peperangan Candu Pertama berlaku pada tahun awal November 1839 atas sebab Maharaja Tao Kuang telah mengeluarkan perintah yang mengharamkan penggunaan dan perniagaan candu. Baginda mengawal rapi aktiviti penyeludupan candu. Perang ini berakhir dalam tahun 1842 setelah tentera Inggeris berjaya menawan Nanking. Kedua-dua pihak bersetuju mengadakan rundingan pada bulan Ogos 1842.Antara syarat Perjanjian Nanking adalah seperti berikut:

Perang_Candu_Pertama

Tarikh 18 Mac 1839 – 29 Ogos 1842[1]
Lokasi China
TarikhLokasiHasilPerubahanwilayah
Tarikh18 Mac 1839 – 29 Ogos 1842[1]
LokasiChina
HasilKemenangan muktamad Britain; Perjanjian Nanking
Perubahan
wilayah
Pulau Hong Kong diserahkan kepada United Kingdom
Perubahanwilayah Pulau Hong Kong diserahkan kepada United Kingdom
Hasil Kemenangan muktamad Britain; Perjanjian Nanking