Perang_Dunia_Kedua
Perang_Dunia_Kedua

Perang_Dunia_Kedua

 United Kingdom
 Amerika Syarikat
 Soviet Union
China
 Perancis
 Poland
 Australia
 Canada
Greece
 Yugoslavia
 New Zealand
 Brazil
...dan lain-lain Jerman Nazi
 Japan
 Hungary
 Romania
 Bulgaria
...dan lain-lainPerang Dunia Kedua (atau Perang Dunia Ke-2) ialah peperangan global dari tahun 1939 hingga 1945. Perang ini mengakibatkan kerosakan dan kematian paling banyak dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara di dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 70 hingga 85 juta nyawa termasuk pembunuhan beramai-ramai, Holokus, pengeboman strategik, kematian daripada kebuluran dan penyakit, dan penggunaan senjata nuklear terhadap Jepun. Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan Kuasa Bersekutu (perikatan negara-negara pembesar berempat: Komanwel, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China) serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman Nazi, Itali, dan Jepun). Ketika Perang Dunia Kedua ini, berlakunya Peperangan Eropah di Medan Eropah di medan Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik pula berlaku di medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur. Benua Afrika turut terlibat dalam Perang Dunia Kedua.Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah penting apabila kuasa udara memainkan peranan utama buat pertama kalinya. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland pada September 1939, sementara operasi pertempuran terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos 1945. Peperangan ini juga melihat Amerika Syarikat keluar daripada dasar mengasingkan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia. Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Oktober 1945 selepas tamatnya perang tersebut, yang ditubuhkan oleh Kuasa Bersekutu yang menang agar pertelingkahan yang sebegitu besar dan menjahanamkan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.

Perang_Dunia_Kedua

Tarikh 1 September 1939 – 2 September 1945
(6 tahun, 1 hari)
TarikhLokasiHasil
Tarikh1 September 1939 – 2 September 1945
(6 tahun, 1 hari)
LokasiEropah, Pasifik, Atlantik, Asia Tenggara, China, Timur Tengah, Mediterranean, Afrika, Utara (singkat) dan Amerika Selatan
HasilKemenangan Kuasa Bersekutu.
Lokasi Eropah, Pasifik, Atlantik, Asia Tenggara, China, Timur Tengah, Mediterranean, Afrika, Utara (singkat) dan Amerika Selatan
Hasil Kemenangan Kuasa Bersekutu.