Perang_England–Sepanyol_(1585)
Perang_England–Sepanyol_(1585)

Perang_England–Sepanyol_(1585)

Perang England–Sepanyol (1585–1604) adalah satu konflik pasang-surut di antara kerajaan Sepanyol dan England yang tidak pernah diistiharkan dengan rasmi. Perang ini bermula dengan ekspedisi tentera England pada tahun 1585 ke atas Belanda di bawah arahan Earl Leicester bagi menyokong tentangan Jeneral Negara ke atas pemerintahan Habsburg. England mendapat kemenangan di Cádiz pada tahun 1587, dan ke atas Armada Sepanyol pada tahun 1588, tetapi kalah apabila serangan Armada England ditangkis pada tahun 1589 di La Coruña dan Lisbon. Dua buah Armada Sepanyol kemudian dihantar tetapi matlamat mereka gagal dicapai di sebabkan oleh cuaca buruk. Dalam dekad seterusnya selepas kekalahan Armada, Sepanyol menguatkan tentera lautnya dan kemudian berjaya dalam mempertahankan konvoi armada barangan berharganya dari benua Amerika. England mengalami kekalahan pada pertempuran seterusnya. Perang ini ditamatkan dengan Perjanjian London, yang dirundingkan pada tahun 1604 di antara perwakilan Philip III dan raja Scotland baru dari England, James I. Sepanyol dan England bersetuju untuk tidak melibatkan campur tangan tentera di Ireland dan Belanda Sepanyol, dan England menolak pelanunan di laut lepas. Kedua-dua pihak mencapai beberapa tujuan mereka, akan tetapi hampir kesemua perbendaharaan telah digunakan dalam perang ini.