Perang_Firaz

Buat pertama kalinya, Khalid Al-Walid berhadapan dengan tentera gabungan di mana tentera Parsi Sassanid bergabung dengan tentera Rom Byzantine dan tentera Arab Nasrani sehingga kekuatan tentera gabungan ini mencecah 150,000 orang. Tujuan gabungan ini adalah untuk mencegah kemaraan tentera Islam daripada menakluk wilayah Firaz. Ini kerana para penduduk di Firaz mempunyai hubungan dagang yang mantap antara kerajaan Parsi Sassanid dan Rom Byzantine.Dengan menggunakan strategi serangan tentera berkuda yang pantas dan cepat, tentera Islam seramai 15,000 orang pimpinan Khalid ibn al-Walid sekali lagi berjaya mengalahkan tentera pakatan ini pada bulan Januari 634 M dan menawan hampir keseluruhan Iraq. Selepas perang ini, Panglima Besar Khalid bertukar tugas ke Syria untuk menumpaskan tentera Rom Byzantine yang mana beliau berganding bahu bersama seorang lagi sahabat Nabi Muhammad yang terkemuka iaitu Abu Ubaidah Al-Jarrah dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine. Tempat beliau diganti oleh Abu Ubaid.

Perang_Firaz

Tarikh Januari 634M
Lokasi Firaz, sempadan Iraq
TarikhLokasiHasilPerubahanwilayah
TarikhJanuari 634M
LokasiFiraz, sempadan Iraq
HasilKemenangan tentera Islam
Perubahan
wilayah
Wilayah Iraq dikuasai oleh tentera Islam
Perubahanwilayah Wilayah Iraq dikuasai oleh tentera Islam
Hasil Kemenangan tentera Islam