Perang_Granada
Perang_Granada

Perang_Granada

Muhammed XIII (al-Zagal), 1485–1487
Muhammad XII (Boabdil), 1487–1492  #Perang Granada (Bahasa Sepanyol: Guerra de Granada) merupakan satu siri kempen ketenteraan yang berlaku antara tahun 1482 sehingga 1492, semasa pemerintahan Monarki Katolik (los Reyes Católicos) Isabella I dari Castile dan Ferdinand II dari Aragon, menentang dinasti Nasrid dari Amiriah Granada. Ia tamat dengan kekalahan Granada kemasukkannya ke dalam Castile, menamatkan pemerintahan Muslim di Semenanjung Iberia (al-Andalus).Perang 10 tahun ini bukannya usaha yang berterusan, tetapi satu siri kempen bermusim yang dilancarkan pada musim bunga dan berakhir pada musim sejuk. Kekuatan Granada tempang disebabkan oleh konflik dalaman dan perang saudara, sementara puak-puak Kristian pula bersatu. Perang ini juga melihat akan penggunaan artileri oleh Kristian untuk menakluk kota-kota dengan pantas, sekiranya tidak memerlukan masa untuk mengepung yang lebih lama. Pada 2 Januari, 1492 Muhammad XII dari Granada (Raja Boabdil) menyerahkan Amiriah Granada, kota Granada, dan istana Alhambra kepada tentera Castile.Perang ini merupakan satu projek bersama antara Isabella Takhta Castile dan Ferdinand Takhta Aragon. Sebahagian besar tentera dan dana datangnya daripada Castile, dan Granada diilhak ke dalam jajahan Castile. Takhta Aragon kurang penting: selain kehadiran Raja Ferdinand sendiri, Aragon menyediakan pasukan laut, meriam dan beberapa pinjaman kewangan. Para bangsawan ditawarkan dengan tanah-tanah baru, sementara Ferdinand dan Isabella memusatkan dan menggabungkan kuasa. Selepas perang, ia menyaksikan tamatnya polisi convivencia ("hidup dan biarkan hidup") di antara agama-agama di semenanjung Iberia: Yahudi telah dipaksa untuk memeluk Kristian atau dibuang negeri pada tahun 1492, dan pada tahun 1501, kesemua Muslim Granada dimestikan memeluk Kristian, menjadi hamba atau dibuang negeri; menjelang tahun 1526, pengharaman ini diperluaskan ke seluruh Sepanyol. "Orang Kristian Baru" (conversos) telah dituduh kripto-Islam dan kripto-Yahudi.[1] Sepanyol menjadi model aspirasi kebangsaannya sebagai penjaga Kristian dan Katoliks. Kejatuhan Alhambra masih lagi dirayakan pada setiap tahun oleh Majlis Perbandaran Granada, dan Perang Granada dianggap dalam tradisi sejarah Sepanyol sebagai perang terakhir dalam Reconquista.

Perang_Granada

Tarikh Februari 1482 – 2 Januari 1492 (10 tahun)
TarikhLokasiHasil
TarikhFebruari 1482 – 2 Januari 1492 (10 tahun)
LokasiTenggara Iberia
HasilGranada diilhak oleh Castile
Lokasi Tenggara Iberia
Hasil Granada diilhak oleh Castile