Perang_Hungary-Uthmaniyah
Perang_Hungary-Uthmaniyah

Perang_Hungary-Uthmaniyah

Despotate SerbiaPerang Hungary-Uthmaniyah merujuk pada siri-siri pertempuran di antara Empayar Uthmaniyah dengan Kerajaan Beraja Hungary. Berikutan dengan Perang Saudara Byzantine, penaklukan Gallipoli dan kemenangan dalam Pertempuran Kosovo, Empayar Uthmaniyah mara untuk menakluk keseluruhan Balkan. Bagaimanapun, serangan Uthmaniyah ke atas Serbia menyebabkan Hungary mengistiharkan perang ke atas Uthmaniyah, merebut hak ke atas Serbia, Wallachia dan Moldavia.Kejayaan awal ke atas Hungary adalah semasa dalam Perang Salib Varna. Tanpa sokongan luar yang ketara, tentera Hungary berjaya dikalahkan. Meskipun begitu, Uthmaniyah mengalami kekalahan di Belgrade, selepas penaklukan Constantinople. Selain itu, Vlad si Penyula yang terkenal dengan bantuan terhad daripada Hungary berjaya menentang pemerintahan Uthmaniyah sehingga pihak Uthmaniyah meletakkan abang beliau, seorang lelaki yang kurang ditakuit dan dibenci oleh rakyat ke takhta Wallachia. Kejayaan Uthmaniyah sekali lagi disekat di Moldavia disebabkan campur tangan Hungary, tetapi Uthmaniyah akhirnya mendapat kejayaan apabila Moldavia dan Belgrade masing-masing telah jatuh ke tangan Bayezid II dan Suleiman al-Qanuni. Pada tahun 1526, Uthmaniyah mengalahkan tentera Hungary di Mohács dengan kematian Raja Louis II dari Hungary bersama-sama dengan 14,000-20,000 tentera beliau.[4] Berikutan dengan kekalahan ini, wilayah timur Kerajaan Beraja Hungary (terutamanya Transylvania) menjadi negara ufti kepada Uthmaniyah, secara konsisten terlibat dalam perang saudara melawan Raja Hungary. Perang terus berlangsung dengan konflik-konflik penting menentang dinasti Habsburg oleh Suleiman dan para pengganti beliau. Di bahagian utara dan barat Hungary, kekal bebas dari pemerintahan Uthmaniyah, tetapi Kerajaan Beraja Hungary, negara paling berkuasa di timur Vienna di bawah Matthias II kini terpecah yang sering berperang dengan Uthmaniyah.