Perang_Jawa
Perang_Jawa

Perang_Jawa

Perang Jawa atau Perang Diponegoro berlangsung di antara tahun 1825 dan 1830 di Pulau Jawa, Hindia Timur Belanda. Konflik ini bermula sebagai sebuah pemberontakan yang diketuai oleh Raja Diponegoro. Sebab hampirannya ialah keputusan Belanda untuk membina sebatang jalan merentasi sebuah bidang tanah kepunyaan Diponegoro di mana terletaknya makam ibu bapa beliau. Antara penyebab-penyebab lain adalah perasaan dalam kalangan golongan bangsawan Jawa yang Belanda telah mengkhianati mereka oleh sebab mereka tidak lagi mampu memajak tanah pada kadar sewa yang terlalu tinggi. Juga, pewarisan takhta di Jogjakarta (juga dieja Yogjakarta) dipertikaikan; Diponegoro anak lelaki tertua, akan tetapi oleh sebab ibunya bukan ratu, beliau tidak memiliki hak untuk mengganti bapanya.Tentera Diponegoro amat berjaya pada awalnya, menguasai bahagian tengah Pulau Jawa dan mengepung Jogjakarta. Tambah lagi, penduduk Jawa menyokong perjuangan Diponegoro sementara pihak berkuasa kolonial Belanda pada awalnya tidak tegas. Walau bagaimanapun, Diponegoro berhadapan dengan masalah untuk mengekalkan bilangan pejuangnya apabila perang berlarutan.Kendatipun demikian, tentera darat kolonial Belanda berjaya mengukuhkan bilangannya dengan askar dari Sulawesi, dan kemudiannya dari Belanda. Panglima Belanda, Jeneral de Kock, berjaya menamatkan pengepungan Jogjakarta pada 25 September 1825.Diponegoro memulakan perang gerila yang hebat dan pihak Belanda hanya dapat menangani masalah pemberontakan dalam tahun 1827.Dianggarkan bahawa 200,000 orang[6] maut semasa konflik, 8,000 antaranya orang Dutch.[6] Pemberontakan akhirnya tamat dalam tahun 1830, selepas Diponegoro tertangkap berdekatan dengan Magelang dalam satu helah yang dlaksanakan Belanda—Diponegoro mempercayai yang beliau ke sana untuk berunding tentang gencatan senjata. Beliau ditangkap ekoran pengkhianatan dan di buang negeri ke Manado dan seterusnya ke Makassar, di mana beliau meninggal dunia dalam tahun 1855.[1]Oleh sebab kerugian nyawa besar di kalangan tentera Eropah, kerajaan Belanda membuat keputusan untuk merekrut tentera Afrika dari Gold Coast, yakni apa yang digelar "Orang Belanda Hitam" (Bahasa Belanda: Zwarte Hollanders).

Perang_Jawa

Tarikh 1825-30 M
TarikhLokasiHasil
Tarikh1825-30 M
LokasiJawa
HasilKemenangan Belanda
Lokasi Jawa
Hasil Kemenangan Belanda