Perang_Kotor

Perang Kotor (Sepanyol: Guerra Sucia) (sebahagian Operasi Condor) ialah nama yang digunakan kerajaan Argentina bagi tempoh keganasan antara 1976 sehingga 1983 sewaktu Argentina berada di bawah pemerintahan junta ketenteraan. Perang ini adalah titik hitam dalam sejarah negara ini kerana berpuluh-puluh ribu rakyatnya diculik, diseksa dan dibunuh oleh pihak kerajaan, demi memburu gerila sayap-kiri, penentang politik, dan sesiapa sahaja yang dipercayai terlibat dengan sosialisme.[1][2][3]. Mangsa peperangan yang hilang diberi gelaran desaparecidos (mereka yang lesap) kerana selepas diculik, mereka telah dilesapkan oleh pihak polis dan tentera kerajaan, dalam usaha menutup mulut pembangkang dan memecahkan tekad gerila.[4]Dokumen rasmi polis rahsia Chile yang telah diubah status memetik anggaran rasmi oleh Batallón de Inteligencia 601 bahawa seramai 22,000 orang maut atau "hilang" antara 1975 dan pertengahan 1978. Manakala jumlah orang yang dipercayai terbunuh atau "hilang," bergantung kepada sumber, ialah dari 9,089 hingga 30,000 dalam tempoh antara 1976 hingga 1983, apabila tentera Argentina tewas dalam Perang Falkland.[5][6] CONADEP pula menganggarkan sekitar 13,000 orang yang hilang.[7]