Perang_Parsi-Uthmaniyyah

Perang Parsi-Uthmaniyyah atau Perang Iran-Uthmaniyyah merupakan satu siri-siri peperangan antara Empayar Uthmaniyyah dan dinasti-dinasti Safawiyyah, Afsharid, Zand dan Qajar dari Iran (Parsi) sepanjang kurun ke-16 sehingga kurun ke-19. Uthmaniyyah yang terdiri daripada kawasan yang hari ini merupakan wilayah Turki pada kurun ke-15, secara beransur-ansur mula berkonflik dengan negara jirannya, Parsi, diketuai oleh Ismail I dari dinasti Safawiyyah. Dua negara ini menjadi musuh ketat, yang mana juga dipecahkan kerana berlainan mazhab, Uthmaniyyah menganut mazhab Sunni manakala Safawiyyah pula adalah Syiah. Satu siri konflik ketenteraan berlaku selama berkurun-kurun di mana dua buah empayar ini bersaing untuk mengawal wilayah Anatolia timur, Caucasus, dan Iraq.Kakhetian Abbas I dan Kempen KartlianKempen Tahmasp 1731Antara beberapa penjanjian, Perjanjian Zuhab pada tahun 1639 dianggap sebagai paling penting,Templat:By whom? kerana ia mengesahkan sempadan TurkiIran dan IraqIran pada hari ini. Dalam perjanjian selepasnya, terdapat banyak rujukan terhadap Perjanjian Zuhab.[petikan diperlukan]