Perang_Salib_Turki_(1481)

Ekspedisi Portugal ke Otranto pada tahun 1481, di mana Portugal memanggilnya dengan nama Perang Salib Turki (Bahasa Portugis: Cruzada Turca), tiba terlalu lambat untuk terlibat dalam sebarang pertempuran. Pada 8 April 1481, Paus Sixtus IV mengeluarkan titah paus Cogimur iubente altissimo, yang mana menyeru sebuah perang salib menentang Turki, di mana menduduki Otranto di selatan Itali. Tujuan Paus adalah selepas menawan semula Otranto, para salibi akan menyeberangi Adriatik dan juga akan membebaskan Vlorë (Valona).Portugal memutuskan untuk menghantar sebuah skuadron ke Otranto di bawah arahan uskup Évora, Garcia de Meneses. Dalam satu surat bertarikh 27 Ogos 1481 kepada Kardinal Paolo di Campofregoso, Sixtus menulis, "Daripada Portugal 20 buah karavel dan kapal kargo yang kami jangka akan tiba pada Hari St Paul, di mana pemimpinnya adalah saudara Garcia yang dihormati, uskup dari Évora."[1] Pada 7 September, beliau menulis kepada Raja Ferdinand I dari Naples, memaklumkan kepada beliau bahawa "sebuah armada yang kami hantar ke Otranto daripada Portugal. . . Kami berharap ia akan membantu dalam serangan ke atas Otranto. . ."[2] Pada 14 September, pada hari Uthmaniyah menyerahkan Otranto, Paus menulis daripada Bracciano kepada timbalan-chamberlain, yang memberitahu beliau akan perkembangan perlahan armada Portugal. Sixtus berasa sangsi akan tujuan Garcia. Pada hari berikutnya (15 September), beliau menulis kepada uskup, memuji akan ketekunan dan kewaspadaan beliau, tetapi mendesak beliau untuk membawa armada beliau ke Vlorë bagi menghalau tentera Turki di sana dengan membuat "sesuatu yang berguna kepada agama Kristian dan kehormatan beliau dan raja", merujuk kepada Raja Afonso V yang baru meninggal dunia. Beliau juga mendesak Garcia untuk membawa Andreas Palaiologos, pemerintah multak Morea yang digulingkan, kembali ke Greece untuk memulakan penaklukan semula tanah beliau.[3]Apabila Portugal tiba di Naples, Uthmaniyah telah berundur, di sebabkan pada 3 Mei Sultan bagi Empayar Uthmaniyah, Mehmed II, meninggal dunia dan pertikaian berkenaan pewarisan beliau meletus.