Perang_Saudara_Amerika
Perang_Saudara_Amerika

Perang_Saudara_Amerika

Perang Saudara Amerika (1861–1865) merupakan peperangan utama di antara pihak Kesatuan (union) dengan sebelas negeri di selatan yang mengisytiharkan bahawa mereka berhak keluar dan menubuhkan Negeri-Negeri Gabungan Amerika, dengan diketuai oleh Presiden Jefferson Davis. Manakala pihak Kesatuan pula diketuai oleh Presiden Abraham Lincoln dan Parti Republikan, yang membantah perhambaan[1] menolak pemecahan ini.Pertempuran bermula pada 12 April 1861, apabila tentera Kesatuan menyerang sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat di Kubu Sumter di Carolina Selatan, negeri pertama yang berpecah keluar dari Amerika Syarikat.