Perang_Saudara_China

Perang Saudara China (Cina Tradisional: 國共内戰, Cina Ringkas: 国共内战, pinyin: guógòng neìzhàn, Perang Saudara Nasionalis-Komunis) yang berterusan sejak April 1927 hingga Mei 1950, merupakan satu perang saudara yang terletus di China antara pihak Kuomintang (KMT atau Parti Kebangsaan) dan Parti Komunis China (CCP). Peperangan meletus pada tahun 1927, selepas Ekspedisi Utara, apabila puak berhaluan kanan KMT pimpinan Generalissimo Chiang Kai-shek, menyingkirkan pihak Komunis dan puak berhaluan kiri KMT daripada pembentukan perikatan KMT-CCP. Perang ini melambangkan konflik ideologi antara pihak KMT nasionalis yang didukung kuasa Barat, dan CCP yang didukung pihak Soviet-Komunis.Perang saudara berterusan sekejap-sekejap sehingga Perang China-Jepun Kedua menyusul dan mengganggunya, lalu menghasilkan penentangan China terhadap serangan Jepun yang teratur dan sementara. Serangan dan pendudukan Jepun merupakan serangan oportunis yang mengambil kesempatan terhadap keadaan huru-hara di dalam China. Kempen Jepun akhirnya ditumpaskan pada Ogos 1945 oleh Amerika Syarikat, lalu menandakan tamatnya Perang Dunia Kedua, dan perang saudara China kembali meletus pada tahun 1946. Perbalahan ini akhirnya tamat pada tahun 1950 setelah 23 tahun, melalui pemberhentian permusuhan utama secara tidak rasmi, dengan pihak Komunis mengawal tanah besar China (termasuk Pulau Hainan) dan pihak Nasionalis terhad kepada wilayahnya yang tinggal di Taiwan, Pescadores, dan beberapa pulau di luar pesisiran Fujian. Sehingga hari ini, tiada gencatan senjata rasmi pernah ditandatangani, meskipun kedua-dua pihak menjalinkan hubungan ekonomi.

Perang_Saudara_China

Tarikh Pertempuran besar-besaran yang berterusan dari April 1927 hingga Disember 1936, dan dari Januari 1941 hingga Mei 1950; perang diisytiharkan tamat oleh ROC pada tahun 1991; tiada dokumen sah ditandatangani untuk menamatkan perang, secara teknikal masih berterusan sejak 1927 hingga kini
TarikhLokasiHasil
TarikhPertempuran besar-besaran yang berterusan dari April 1927 hingga Disember 1936, dan dari Januari 1941 hingga Mei 1950; perang diisytiharkan tamat oleh ROC pada tahun 1991; tiada dokumen sah ditandatangani untuk menamatkan perang, secara teknikal masih berterusan sejak 1927 hingga kini
LokasiChina
HasilRepublik China (ROC) berundur ke Taiwan, sementara Republik Rakyat China (PRC) ditubuhkan
Lokasi China
Hasil Republik China (ROC) berundur ke Taiwan, sementara Republik Rakyat China (PRC) ditubuhkan