Perang_Saudara_Sri_Lanka

Harkirat Singh (1987–90)
Ranasinghe Premadasa (1989–93) 
Dingiri Banda Wijetunge (1993–94)
Chandrika Kumaratunga (1994–2005)
Mahinda Rajapaksa (2005– 2009)
Perang Saudara Sri Lanka ialah nama yang diberikan kepada perang yang belaku di antara kaum di Sri Lanka. Kaum majoriti ialah Sinhala di selatan dan kaum Tamil Eelam di utara dan timur. Sejak 23 Julai 1983 berlaku pemberontakan oleh Tamil Tiger atau Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). Keturunan Tamil berasal dari benua kecil India di bahagian tenggara atau lebih tepat Tamil Nadu. Sementara Eelam merujuk kepada kawasan timur dan utara yang kini diduduki dan dikuasai oleh kaum Tamil. LTTE berjuang mendapatkan kemerdekaan dari kerajaan Sri Lanka dengan alasan kegiatan ekonomi, politik dan sosial mereka disekat dan dinafikan. Lebih 70,000 terbunuh sejak 1983 dan penduduk semakin berkurang kerana melarikan diri balik ke India, British, Kanada, Amerika Syarikat, Australia, Malaysia dan sebagainya. Kerajaan India terutama Perdana Menteri India Rajiv Ghandhi memihak kepada kerajaan Sri Lanka. Ini adalah kerana faktor politik dan persaingan kuasa untuk menguasai wilayah Tamil Nadu. Pemimpin Tamil Nadu yang terkenal ialah MGR yang dikatakan memihak kepada Tamil Eelam. Tentera India dikerah ke pulau Sri Lanka pada tahun 1987 hingga 1990 dan tindakan ini mengejutkan LTTE yang menyangka kerajaan India menyokong mereka. Rundingan dan gencatan senjata telah cuba diadakan seperti pada Disember 2001 dan 2002. Tentera pemberontak LTTE semakin meningkatkan kelengkapan senjata termasuk kereta kebal, helikopter dan lain-lain. Setelah merasai cukup kuat, LTTE mengisytiharkan negara merdeka di utara Sri Lanka tetapi dunia tidak sanggup mengiktirafnya.Secara rasmi pada 12 Januari 2008, kerajaan beralih kepada serangan di utara dan menuduh LTTE menceroboh perjanjian lebih 10,000 kali. Tentera Sri Lanka mengenalpasti markas dan senjata yang dimiliki oleh Tamil Tiger, kapal penyeludup senjata, dan kawasan yang dikuasai 99 % oleh Tamil Tiger. Ini termasuklah Kilinochchi, pangkalan tentera utama Mullaitivu dan seluruh Lebuh raya A9. Banyak pos-pos kawalan Tamil Tiger berjaya dikuasai. Pemberontak LTTE berazam meningkatkan perjuangan dengan gerakan bawah tanah, serangan gerila, siri serangan berani mati dan lain-lain.Pada 22 April 2009, Majlis Keselamatan PBB mahu LTTE membenarkan bantuan PBB masuk ke zon berkecuali bagi memindahkan orang awam yang terperangkap dan terkepung antara serangan tentera kerajaan dengan ancaman belot oleh LTTE.LTTE akhirnya menyerah kalah pada 17 Mei 2009, seperti yang diumumkan oleh ketua pegawai perhubungan antarabangsa mereka, Selvarasa Pathmanathan.[17] Pada 18 Mei 2009, tentera Sri Lanka mengesahkan ketua LTTE, Velupillai Prabhakaran telah terkorban, maka seluruh negara kembali pulih dalam kuasa kerajaan.

Perang_Saudara_Sri_Lanka

Status
Tarikh 23 Julai 1983 – 18 Mei 2009
Casus belli Perselisihan antara majoriti komuniti Sinhala dan minoriti Tamil
TarikhLokasiStatusCasus belliPerubahanwilayah
Tarikh23 Julai 1983 – 18 Mei 2009
LokasiSri Lanka
Status
Casus belliPerselisihan antara majoriti komuniti Sinhala dan minoriti Tamil
Perubahan
wilayah
LTTE menduduki kawasan seluas 5 km² di Daerah Mullaitivu.[1]
Lokasi Sri Lanka
Perubahanwilayah LTTE menduduki kawasan seluas 5 km² di Daerah Mullaitivu.[1]

Rujukan

WikiPedia: Perang_Saudara_Sri_Lanka http://www.news.com.au/story/0,27574,25496902-401,... http://abcnews.go.com/International/wireStory?id=7... http://www.google.com/hostednews/ap/article/ALeqM5... http://us.rediff.com/news/2009/jan/06ltte-iranamad... http://www.southasianoutlook.com/issues/2009/march... http://www.tamilnet.com/art.html?catid=13&artid=23... http://www.usatoday.com/news/world/2009-04-24-sril... http://www.welt.de/english-news/article3616883/U-N... http://mailer.fsu.edu/~cfigley/vets/documents/Psyc... http://defence.lk