Perang_Saudara_Zulu

Perang Saudara Zulu atau Perang Ndwandwe–Zulu 1817–1819 merupakan perang yang berlangsung antara Kerajaan Zulu yang berkembang dan puak Ndwandwe di Afrika Selatan.Puak Zulu pada asalnya satu kumpulan kecil yang berhijrah ke plateau timur yang kini merupakan Afrika Selatan; mereka menjadi negeri puak yang kuat kebanyakannya melalui usaha ketua bercita-cita tinggi yang bergelar Shaka (memerintah sekitar. 1787–1828). Seorang pemuda yang memberontak, Shaka terasing dari bapanya, seorang ketua Zulu yang bernama Senzangakhona, dan menjadi pahlawan dengan puak Mthethwa. Ketua agung puak Mthethwa, Dingiswayo membantu Shaka untuk dikenali sebagai ketua Zulu selepas Senzangakhona meninggal pada tahun 1816. Kedua ketua menjadi rakan karib, dan pahlawan mereka sama-sama berjuang menentang musuh bersama, seperti puak Ndwandwe yang diketuai oleh Raja Zwide. Selepas Dingiswayo dibunuh oleh Zwide, orang-orang puak Mthethwa meletakkan diri mereka di bawah pemerintahan Shaka dan mengambil pakai nama Zulu. Shaka merevolusi cara tradisi bertempur dengan memperkenalkan assegai, tombak tikam pendek, sebagai senjata dan menyusun pahlawan menjadi unit berdisplin yang bertempur dalam formasi rapat di belakang perisai kulit lembu yang besar. Dalam Pertempuran Bukit Gqokli pada tahun 1817, tentera dan taktiknya mengatasi bilangan puka Ndwandwe yang lebih ramai, yang gagal memusnahkan puak Zulu dalam pertembungan pertama mereka.Puak Ndwandwe dan Zulu kembali bertemu dalam Pertempuran Sungai Mhlatuze pada tahun 1819. Kali ini Ndwandwe telah menggunakan taktik perang dan senjata Zulu dengan itu Shaka melemahkan penceroboh dengan taktik gerila sebelum melancarkan serangan utamanya ketika tentera Ndwandwe berpecah ketika menyeberangi Sungai Mhlatuze.[1] Pahlawan Zulu sampai ke ibupejabat Zwide masa kini Nongoma sebelum berita kekalahan tiba, dan mendekati kem sambil menyanyikan lagu kemenangan Ndwandwe untuk masuk. Zwide dibunuh dan kebanyakan puak Ndwandwe meninggalkan tanah mereka dan berhijrah ke utara dan menubuhkan kerajaan menyerupai Zulu (bergelar Ngoni sempena nama ethno-linguistik "Nguni") di Zambia, Malawi, Mozambique dan Tanzania. Ini merupakan fasa terakhir Mfecane, perang saudara yang berdarah dan membinasakan dan akhirnya mencetuskan penghijrahan banyak puak berlainan di kawasan tersebut, awalnya (sekitar. 1802) disebabkan oleh kebuluran tetapi akhirnya berpunca dari langkah melarikan diri dari puak Zulu.[2] Kumpulan Ngoni mencetuskan kemusnahan mereka sendiri dengan menggunakan taktik Zulu dalam perperangan. Mereka menubuhkan unit politik lebih kukuh di negara lain dan dengan itu menjadi ancaman kepada langkah kolono Eropah, sebagai contoh semasa Pemberontakan Maji-Maji di Afrika Timur Jerman (1905-7).[3] Shaka merupakan pemenang terulung, dan sehingga kini orang-orangnya masih tinggal sepanjang Zululand, dengan budaya dan cara hidup yang boleh dijejak dengan mudah sehingga masa Shaka.