Perang_Transfermium

Perang Transfermium ialah nama yang diberikan oleh sesetengah ahli kimia nuklear kepada kontroversi utama yang melibatkan penamaan unsur kimia 104 hingga 106.[1][2] Nama ini diberikan kerana ia berkenaan unsur-unsur selepas fermium (unsur 100) dalam jadual berkala.Kontroversi ini tercetus kerana pertikaian antara saintis Amerika dan saintis Soviet berkenaan pihak mana yang mengasingkan unsur-unsur ini dahulu. Resolusi akhir bagi kontroversi ini pada tahun 1997 juga menetapkan nama-nama unsur 107 hingga 109.