Perani
Perani

Perani

Perani atau amfiteater[1] merupakan tempat terbuka yang berfungsi untuk tujuan hiburan, sukan dan persembahan. Perkataan "amfiteater" berasal daripada bahasa Yunani Purba amphitheatron (ἀμφιθέατρον),[2] daripada amphi (ἀμφί), yang bererti "di kedua-dua belah pihak" atau "keliling"[3] dan théātron (θέατρον), yang bermaksud "tempat menonton".[4][5]Perani Romawi berbentuk bujur atau membulat dengan tempat duduk bertingkat yang mengelilingi kawasan persembahan di tengah seperti sebuah stadium terbuka. Secara perbandingannya, teater Romawi purba dan teater Yunani purba telah dibina dengan bentuk separa bulatan dengan tempat duduk yang bertingkat pada satu sisi kawasan persembahan. Dalam penggunaan moden, "perani" kadangkala digambarkan sebagai pentas seperti panggung dengan tempat duduk penonton di satu sisi sahaja, teater arena dan stadium.