Perarakan_Keranda_Mac_2009
Perarakan_Keranda_Mac_2009

Perarakan_Keranda_Mac_2009

Perarakan Keranda Mac 2009 merupakan perarakan aktivis bahasa dan rakyat Malaysia yang antara lain mahu polisi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan. Perarakan ini, yang disertai oleh lebih 30,000 orang, bermula pada pukul 2 petang pada 7 Mac 2009 menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong.[1] Perarakan ini dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dan disertai oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad serta barisan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), gerakan mahasiswa, dan parti politik.Perarakan ini cukup signifikan kerana ia mengingatkan kembali memori sejarah matlamat perarakan Keranda 152 yang pertama yang diadakan pada tahun 1967. Justeru perarakan ini telah diberi nama perarakan "Keranda 152 Ke-2". Perarakan ini diadakan kerana mahu mengembalikan kedudukan Bahasa Melayu ke tempat yang sewajarnya dalam sistem pendidikan negara Malaysia. Kejayaan demi kejayaan yang dicapai menerusi medium Bahasa Melayu telah dimusnahkan oleh dasar PPSMI yang dianjurkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2002 dan dilaksanakan pada 2003. Menteri Pelajaran yang ditugaskan menjayakan PPSMI ialah Datuk Musa Mohamad dan Datuk Hishamuddin Tun Hussein.

Rujukan

WikiPedia: Perarakan_Keranda_Mac_2009 http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.malaysiakini.com/news/99785 http://universitipts.com/index.php/site/comments/b... http://universitipts.com/index.php/site/comments/p... http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_c... http://www.kesturi.net/archives/715