Peraturan_Umum_Perlindungan_Data

Peraturan Umum Perlindungan Data (General Data Protection Regulation,GDPR) (EU) 2016/679 ialah satu peraturan dalam undang-undang Kesatuan Eropah (EU) terhadap perlindungan dan privasi data untuk semua individu di dalam kawasan EU dan Kawasan Ekonomi Eropah. Tujuan utama GDPR adalah untuk memberikan kawalan kepada rakyat dan penduduk terhadap data peribadi mereka dan memudahkan persekitaran kawal selia untuk perniagaan antarabangsa dengan menyatukan peraturan di dalam EU.[1]Peraturan itu diterima pakai pada 14 April 2016,[2] dan selepas dua tahun tempoh peralihan, ia telah dikuatkuasa pada 25 Mei 2018.[3] Kerana GDPR merupakan satu peraturan bukannya arahan, ia tidak memerlukan pemerintah-pemerintah negara untuk meluluskan mana-mana perundangan dan ia diikat dan diguna pakai secara terus.[4] Pengeluaran United Kingdom daripada Kesatuan Eropah pada tahun 2019 telah menyebabkan perkenan diraja diberikan kepada Akta Perlindungan Data 2018 yang setara dengan GDPR pada 23 Mei 2018, yang mengandungi peraturan dan perlindungan yang diperlukan.[5][6]