Perayaan_Hantu

Perayaan Hantu (juga di Indonesia: Cioko[1], Tionggoan) ialah sebuah perayaan Cina yang disambut oleh orang Cina di merata dunia. Perayaan ini diadakan jatuh pada hari ke-13 malam ke-14 bulan ke-7 kalendar Cinayang turut bergelar Hari Hantu - bulan ketujuh secara amnya dianggap sebagai Bulan Hantu (鬼月), iaitu apabila hantu-hantu dan roh-roh termasuklah para leluhur yang lama meninggal dipercayai keluar dari alam ghaib. Ketika perayaan Qingming ahli keluarga yang masih hidup memberi penghormatan kepada leluhur mereka manakala pada Hari Hantu yang meninggal menziarahi yang hidup. Pada hari ke-13 ketiga-tiga alam Syurga, Neraka dan fana dibuka dan pada masa ini penganut agama Tao dan Buddha melaksanakan upacara amal untuk mengubah dan membebaskan penderitaan orang yang meninggal.Ciri-ciri terpenting dalam Bulan Hantu ialah penyembahan nenek moyang, yang mana ketaatan para keturunan disambungkan kepada para leluhur walaupun selepas kematian mereka. Kegiatan yang dijalankan pada bulan ini termasuk menyediakan persembahan makanan secara ritual, pembakaran wang neraka dan bungkusan yang mendandungi kain untuk memberi penghormatan kepada roh-roh leluhur yang menziarah, iaitu melayan orang yang meninggal seolah-olah mereka masih hidup. Makanan dihidangkan dengan kerusi kosong bagi setiap ahli yang meninggal dalam keluarga. Keraian yang lain termasuk melepaskan perahu kertas kecil dan tanglung di atas air, yang menandakan tindakan membantu roh-roh sesat mencari jalan.

Perayaan_Hantu

Diamalkan pada penganut agama Buddha, Tao, agama tradisional Cina
Tarikh malam ke-14 bulan qamari ke-7
Juga dipanggil Bulan Hantu
Kepentingan Pembukaan pintu Neraka, membolehkan semua hantu untuk mendapat makanan dan minuman
Diamalkan oleh Penyembahan nenek moyang, menderma makanan (kepada para sami dan juga yang telah meninggal), membakar kertas topekong, berdikir
Berkaitan dengan Obon
Nama rasmi Agama Buddha:
Ullambana
(Cina Tradisional: 盂蘭盆, Cina Ringkas: 盂兰盆, pinyin: Yúlánpén)

Fahaman Tao dan kepercayaan tradisi:
Zhōngyuán Jié
(Cina Tradisional: 中元節, Cina Ringkas: 中元节)
Jenis Perayaan Asia dan agama Buddha