Perbadanan_Islam_Johor
Perbadanan_Islam_Johor

Perbadanan_Islam_Johor

Perbadanan Islam Johor (PIJ) ditubuhkan dengan nama asalnya Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor (PKEINJ) oleh kerajaan negeri Johor pada 6 Mei 1976 seperti yang termaktub di bawah Seksyen 18 (1) Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor 1976 dan mula beroperasi pada 1 Januari 1977.Seksyen 18 (1) Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor 1976 (pindaan) 1993"Adalah menjadi kewajipan Perbadanan bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menyelenggarakan kemajuan tanah, kemajuan pertanian, perumahan, perusahaan, perlombongan dan perdagangan bagi maksud-maksud memajukan ekonomi orang-orang Islam dalam Negeri Johor"Mesyuarat Lembaga Pengarah ke-49 bertarikh 18 Oktober 1994 memutuskan mulai 1 Januari 1995 untuk ‘mengkorporatkan’ aktiviti komersil PIJ dengan menubuhkan sebuah syarikat anak yang dinamakan PIJ Holdings Sdn. Bhd. (PHSB) (dahulunya dikenali sebagai Perisind Holdings) serta kumpulan. Ini diikuti dengan perpindahan hampir kesemua aset PIJ kepada PHSB dan kumpulannya. Keputusan Lembaga Pengarah ini diluluskan oleh Kerajaan Negeri Johor dalam Mesyuarat EXCO pada 7 Disember 1994.

Perbadanan_Islam_Johor

Ibu pejabat Tingkat 6, Bangunan Perisind, Johor Bahru, Johor
Ditubuhkan 1976 - Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor 1995 - Perbadanan Islam Johor