Perbadanan_Tabung_Pendidikan_Tinggi_Nasional

Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur,
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau singkatannya (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. Fungsi utama penubuhan perbadanan ini adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Bertitik tolak dari pinjaman kewangan yang diberikan, PTPTN juga bertanggungjawab untuk memungut kembali bayaran balik dari para peminjam yang telah melakukan pinjaman mereka dengan perbadanan tersebut.Selain itu, PTPTN juga turut menyediakan skim simpanan pendidikan yang dikenali sebagai "Skim Simpanan Pendidikan Nasional" (SSPN) yang merupakan suatu bentuk produk tambahan, yang membolehkan pendeposit menyimpan wang bagi tujuan khairat pendidikan untuk anak-anak pada masa hadapan. Dalam pada itu juga PTPTN turut melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia.PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Rujukan

WikiPedia: Perbadanan_Tabung_Pendidikan_Tinggi_Nasional http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.malaysiakini.com/news/200056 http://www.malaysiakini.com/news/200277 http://www.selangorku.com/?p=9188 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&d... http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/ptptn... http://www.sinarharian.com.my/nasional/khairy-ptpt... http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-pelaj... http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-unise... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt...