Perbicaraan Tebusan (atau, secara rasmi,
Amerika Syarikat lwn Wilhelm List, dll) telah berlangsung dari8 Julai 1947 hingga 19 Februari 1948 dan merupakan perbicaraan ketujuh dari dua belas perbicaraan
jenayah perang yang diadakan oleh pihak berkuasa
A.S. di zon pendudukan mereka di
Nuremberg,
Jerman selepas berakhirnya
Perang Dunia II. Kesemua dua belas perbicaraan dilangsungkan di hadapan mahkamah tentera A.S., bukan di hadapan
Tribunal Tentera Antarabangsa, tetapi mengambil tempat di kamar yang sama di
Istana Kehakiman. Dua belas perbicaraan A.S. secara kolektif dikenali sebagai "
Perbicaraan Nuremberg Terkemudian" atau, lebih formal, sebagai "Perbicaraan Penjenayah Perang di hadapan Tribunal Tentera Nuremberg" (NMT).Kes ini juga dikenali sebagai
"Kes Tenggara" kerana kesemua defendan adalah jeneral-jeneral Jerman yang memimpin pasukan tentera di bahagian tenggara Eropah semasa
Kempen Balkan, iaitu di
Greece,
Albania dan
Yugoslavia, dan mereka didakwa sebagai orang yang bertanggungjawab menjadikan orang awam sebagai tebusan dan sewenang-wenangnya menembak tebusan ini dan para "partisan" yang dilakukan oleh tentera Jerman disana dari tahun 1941 ke atas.Para hakim yang mendengar kes ini, di hadapan Tribunal Tentera V, ialah
Charles F. Wennerstrum (pengerusi hakim) dari
Iowa,
George J. Burke dari
Michigan, dan
Edward F. Carter dari
Nebraska. Ketua Peguambela bagi Pendakwaan ialah
Telford Taylor, Ketua Pendakwa bagi kes ini ialah
Theodore Fenstermacher.
Kertas pertuduhan telah difailkan pada 10 Mei 1947; perbicaraan ini berlangsung dari 8 Julai 1947 hingga 19 Februari 1948. Dari 12 defendan yang dituduh,
Franz Böhme membunuh diri sebelum
pertuduhan dibaca, dan
Maximilian von Weichs telah diketepikan dari perbicaraan kerana masalah kesihatan. Dari 10 defendan yang tinggal, 2 telah dibebaskan; yang lain menerima hukuman penjara dari 7 tahun sehingga penjara seumur hidup.