Perbicaraan_kedua_Donald_Trump
Perbicaraan_kedua_Donald_Trump

Perbicaraan_kedua_Donald_Trump

Perbicaraan kedua Donald Trump, presiden Amerika Syarikat ke-45 telah bermula pada 9 Februari 2021 dan berakhir dengan pembebasan beliau pada 13 Februari. Trump telah didakwa untuk kali kedua oleh Dewan Perwakilan pada 13 Januari 2021. Dewan Perwakilan mengadaptasi satu artikel pendakwaan terhadap Trump iaitu hasutan mencetuskan pemberontakan. Beliau ialah satu-satunya presiden A.S. atau pegawai persekutuan lain yang didakwa dua kali.[1] Artikel pendakwaan membahas cubaan Trump untuk membatalkan keputusan pilihan raya presiden 2020 (termasuk dakwaan palsu mengenai penipuan pilihan raya dan ugutan beliau terhadap pegawai pilihan raya di Georgia). Artikel itu juga menyatakan bahawa Trump telah menghasut untuk mencetuskan serangan ke atas bangunan Kapitol di Washington, DC, semasa Kongres sedang bersidang untuk mengira undi elektoral dan mengesahkan kemenangan Joe Biden.[2]Trump didakwa seminggu sebelum tempoh jawatan beliau berakhir pada 20 Januari 2021 dan beliau akan dibicarakan setelah meninggalkan jawatan. Terdapat perdebatan mengenai apakah seseorang presiden itu dapat didakwa dan dibicara ketika beliau tidak lagi memegang jawatan. Walaupun beliau tidak dapat dipecat dari jawatan, kemungkinan masih ada untuk secara kekal menyekat bekas presiden yang didakwa daripada memegang sebarang jawatan awam lagi.Perlembagaan tidak menyatakan sama ada perbicaraan pendakwaan Senat dapat diadakan untuk orang yang tidak lagi memegang jawatan awam. Namun, peristiwa ini pernah terjadi dahulu yang memungkinkan untuk perbicaraan pendakwaan. Pada tahun 1876, Setiausaha Perang, William W. Belknap mengundurkan diri dari jawatannya setelah beliau terlibat dalam skandal pasca peniaga tetapi sebelum beliau didakwa, beliau tetap didakwa oleh Dewan dan dibicara di Senat (Belknap dibebaskan, dengan majoriti tetapi tidak mendapat dua pertiga undi untuk disabitkan).[3][4]Trump pertama kali didakwa oleh Dewan Perwakilan pada 18 Disember 2019, atas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan menghalang Kongres berkaitan dengan skandal antara Trump dan Ukraine. Beliau dibebaskan dari kedua-dua tuduhan oleh Senat A.S. pada 5 Februari 2020.[5] Tuduhan tersebut menuduh bahawa Trump secara tidak sengaja berusaha untuk memaksa Ukraine dan negara-negara asing lain secara tidak sah untuk memberikan naratif yang buruk mengenai saingan politik Trump, Biden, yang kemudian menjadi calon presiden bagi parti Demokrat. Ia juga sebagai maklumat yang berkaitan dengan campur tangan Rusia dalam pilihan raya AS 2016.[6][7]17 senator dari parti Republikan perlu menyokong untuk mendapatkan majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk Trump disabitkan, dengan ramalan bahawa semua senator Demokrat dan dua orang senator bebas akan menyokong. Naib Presiden tidak layak mengundi untuk perbicaraan. Akhirnya pada 13 Februari, Senat mengundi dengan 57 senator menyokong untuk mensabitkan Trump dan 43 senator membebaskan Trump. Namun, ia kekurangan 10 undi dan Trump dibebaskan.

Perbicaraan_kedua_Donald_Trump

Tarikh 9 Februari 2021 – 13 Februari 2021 (4 hari)
Penyokong
  • Jamie Raskin (pengurus utama)
  • Diana DeGette
  • David Cicilline
  • Joaquin Castro
  • Eric Swalwell
  • Ted Lieu
  • Joe Neguse
  • Madeleine Dean
  • Stacey Plaskett
Tuduhan
Tertuduh Donald Trump, bekas Presiden Amerika Syarikat
Punca Tuduhan bahawa Trump mendesak Setiausaha Negara bagi Negeri Georgia, Brad Raffensperger untuk campur tangan dalam pilihan raya presiden 2020 di Georgia bagi pihaknya dan mencetuskan pemberontakan maut yang menyebabkan serangan ke atas bangunan Kapitol Amerika Syarikat.
Hasil Dibebaskan Senat Amerika Syarikat

Rujukan

WikiPedia: Perbicaraan_kedua_Donald_Trump https://apnews.com/article/biden-inauguration-joe-... https://apnews.com/article/f4b8bf18ce0e23b877ba945... https://apnews.com/article/trump-impeached-after-c... https://www.cnn.com/politics/live-news/trump-impea... https://www.cnn.com/politics/live-news/trump-impea... https://abcnews.go.com/Politics/sen-rand-paul-cont... https://www.latimes.com/politics/story/2021-01-24/... https://www.nbcnews.com/politics/congress/mcconnel... https://www.nbcnews.com/politics/donald-trump/can-... https://www.nbcnews.com/politics/donald-trump/tria...