Pergerakan_Kīngitanga

Pergerakan raja Maori atau Kīngitanga merupakan suatu pergerakan politik yang ditubuhkan dalam kalangan puak-puak Māori di Pulau Utara New Zealand sejak tahun 1850-an, dengan tujuan mewujudkan suatu kedudukan yang bukan sahaja menyatukan puak-puak Māori tetapi juga mewujudkan suatu kedudukan dianggap setaraf dengan pangkat raja atau ratu diwakili golongan penjajah British agar dapat menghentikan pemisahan atau penjualan tanah milik orang Māori.[1]"Raja" atau Kīngi ini kini bertindak dalam suatu kedudukan yang tiada taklukan dalam perlembagaan, tanpa kuasa perundangan mahupun kehakiman yang khusus dalam kerajaan New Zealand.