Perhimpunan_anti_GST

Perhimpunan anti GST dirancang diadakan di bangunan Parlimen Malaysia pada hari Isnin, 15 Mac 2010 jam 9.00. Penyelaras perhimpunan ini ialah Dr Hatta Ramli. Seramai 2,000 orang telah hadir bagi membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Bagaimanapun perhimpunan ini ditangguhkan kerana kerajaan membatalkan membentangkan rang undang-undang GST bagi bacaan kedua di sidang parlimen .