Perikatan_Nasional
Perikatan_Nasional

Perikatan_Nasional

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia
Perikatan Nasional (Bahasa Inggeris: National Alliance; singkatan: PN) ialah gabungan parti politik di Malaysia yang dibentuk pada 2020, bertujuan untuk membentuk sebuah kerajaan semasa krisis politik Malaysia 2020. Parti ini merupakan parti pemerintah di Malaysia dengan 92 kerusi di Dewan Rakyat, disokong oleh Gabungan Bersatu Sabah (GBS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) masing-masing dengan 3 kerusi dan 17 kerusi.Walaupun tidak memegang majoriti kerusi di Dewan Rakyat, Perikatan Nasional memegang kuasa kerajaan setelah Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengisytiharkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketua Perikatan Nasional, berdasarkan pemerhatian dan penghakiman baginda, mempunyai sokongan majoriti Dewan Rakyat, dan harus dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.[2] Hal ini disebabkan oleh krisis politik Malaysia 2020, di mana tiada parti politik atau gabungan mempunyai majoriti di Dewan Rakyat selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) meninggalkan gabungan Pakatan Harapan (PH).[3]Gabungan ini dianggotai gabungan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai majoriti paling banyak, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Gagasan Sejahtera (GS), dan Gabungan Bersatu Sabah (GBS). Perikatan Nasional disokong oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS). Namun, di negeri Melaka, wakil rakyat dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), Norhizam Hassan Baktee, mengumumkan penyertaannya dalam gabungan Perikatan Nasional untuk membentuk kerajaan di negeri itu, walaupun masih menjadi ahli DAP.

Perikatan_Nasional

Diasaskan 23 Februari 2020 (2020-02-23)[1]
Ideologi
Warna rasmi      Biru tua
Nama Inggeris National Alliance
Nama Cina 国民联盟
Guójiā liánméng
Dewan Negara:
43 / 70
Dewan Rakyat
112 / 222
Kedudukan politik Sayap kanan
Nama Tamil தேசிய கூட்டணி
Pengerusi Tan Sri Muhyiddin Yassin

Rujukan

WikiPedia: Perikatan_Nasional http://www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin... http://www.astroawani.com/berita-politik/tun-mahat... http://www.theedgemarkets.com/article/muafakat-nas... https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://malaysiagazette.com/2020/02/23/najib-sokon... https://malaysiagazette.com/2020/02/24/%F0%9F%8E%A... https://www.malaysiakini.com/news/512745 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02...