Peringkat_magnitud

Turutan magnitud merupakan kelas skala atau magnitud bagi sebarang bilangan, yang mana setiap kelas mengandungi nilai-nilai nisbah yang ditetapkan pada kelas yang mendahuluinya. Dalam kegunaan paling amnya, bilangan yang diskalakan adalah 10 dan skalanya adalah eksponen (persepuluhan) yang digunakan pada bilangan ini (yakni satu turutan magnitud lebih besar bersamaan dengan 10 kali ganda besarnya). Beza turutan magnitud sedemikian boleh diukur pada skala logaritma dalam "dekad" (iaitu faktor 10).Turutan magnitud kuantiti fizikal adalah magnitudnya dalam kuasa 10 apabila kuantiti fizikal itu dinyatakan dalam kuasa 10 dengan satu digit di kiri titik perpuluhan.