Laporan Kertas Putih 1986 Peristiwa Memali 1985

Kerajaan Malaysia telah menerbitkan sebuah laporan kertas putih pada 25 Februari 1986 dan memaparkan rakaman video rasmi kejadian tersebut di televisyen nasional.[8] Kertas Putih mengenai insiden itu menyatakan bahawa ekstremis-ekstremis tersebut cuba menyebarkan ajaran sesat dan mengganggu ketenteraman awam. Kertas putih yang dilampirkan tersebut menjelaskan kejadian sebenar dengan sangat terperinci termasuk latar belakang punca kejadian, kronologi dan gambar-gambar senjata dan lain-lain yang dijadikan bukti.

Kertas putih ini turut menyentuh berkenaan Amanat Haji Hadi yang dikatakan berkait rapat dengan faktor terjadinya insiden Memali tersebut.[9] Daripada bukti kertas putih yang mengemukakan peristiwa Memali ini, Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi. Versi pertamanya dicetak dalam tulisan jawi, yang dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran pilihan raya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983. Seterusnya, terdapat versi latar belakang hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat. Versi latar belakang hitam dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa ini.[10]

Rujukan

WikiPedia: Peristiwa Memali 1985 http://www.astroawani.com/berita-malaysia/cadangan... http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/201... http://peceq.blogspot.com/2014/04/4556-kertas-peri... http://syuhada-melayu.blogspot.com http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... //scholar.google.com/scholar?q=%22Peristiwa+Memali... //www.google.com/search?&q=%22Peristiwa+Memali+198... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Peris... //www.google.com/search?q=%22Peristiwa+Memali+1985... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Peristiwa+M...