Peristiwa_kepupusan_Kapur–Paleogen
Peristiwa_kepupusan_Kapur–Paleogen

Peristiwa_kepupusan_Kapur–Paleogen

Peristiwa kepupusan Kapur–Paleogen (K–Pg),[lower-alpha 1] ataupun kepupusan Kapur–Tertier (K–T),[lower-alpha 2] merupakan kepupusan besar-besaran sekitar tiga perempat spesies flora dan fauna di Bumi yang berlaku dalam jangka masa yang singkat dari segi geologi[2][3][4] kira-kira 66 juta tahun dahulu. Kecuali beberapa spesies ektotermik seperti penyu belimbing dan buaya, tiada sebarang tetrapod yang beratnya melebihi 25 kilogram (55 lb) terselamat.[5] Ini merupakan penutup Usia Kapur (Cretaceous) dan seluruh Era Mesozoik dan juga pembukaan zaman Senozoik yang berterusan hingga kini.Dalam rekod geologi, peristiwa K–Pg ditandai oleh lapisan mendapan nipis yang dipanggil "sempadan K–Pg" yang terdapat di batuan dasar laut mahupun daratan seluruh dunia. Tanah liat sempadan menunjukkan kandungan logam iridium yang tinggi yang jarang terdapat dalam kerak Bumi tetapi mewah dalam asteroid.[6]Seperti yang mula-mula diusulkan pada tahun 1980 oleh sekumpulan saintis pimpinan Luis Alvarez, kini disangka umum bahawa kepupusan K–Pg dicetuskan oleh hempasan komet atau asteroid raksasa yang dianggarkan lebarnya 10 km (6.2 mi)[7][8] pada 66 juta tahun dahulu serta kesan malapetaka terhadap persekitaran sedunia, termasuk musim sejuk berlarutan yang menghalang tumbuh-tumbuhan dan plankton daripada menjalani fotosintesis.[9][10] Andaian hempasan yang juga digelar hipotesis Alvarez ini dikukuhkan oleh penemuan kawah Chicxulub selebar 180-kilometer-wide (112 mi) di Teluk Mexico pada awal 1990-an[11] yang menawarkan bukti konklusif bahawa tanah liat sempadan K–Pg merupakan sisa hempasan asteroid.[12] Kenyataan bahawa kepupusan ini berlaku serentak dengan hempasan menjadikan bukti situasi yang kukuh bahawa kepupusan K–Pg ini disebabkan oleh asteroid dan barangkali dipercepat oleh pembentukan Deccan Traps. Namun begitu, ada saintis yang berhujah bahawa kepupusan ini disebabkan atau dirancakkan lagi oleh faktor-faktor lain seperti letusan gunung berapi, perubahan iklim, ataupun perubahan paras laut secara berasingan atau bersama-sama.[13]Banyak sekali spesies yang lenyap dalam peristiwa K–Pg. Yang terutama sekali ialah dinosaur yang bukan avian (rata-rata yang berkaki empat, "avian" bermaksud berkenaan burung). Di samping itu, banyak lagi organisma daratan yang lenyap, termasuklah rumpun-rumpun mamalia, pterosaur, burung,[14][15] biawak,[16] serangga,[17][18] dan tumbuh-tumbuhan.[19] Di lautan pula, peristiwa K–Pg menghapuskan plesiosaur dan biawak marin gergasi (Mosasauridae) di samping memusnahkan sebahagian besar spesies ikan,[20] ikan yu, moluska (khususnya amonit yang pupus) dan banyak spesies plankton. Dianggarkan sebanyak 75% daripada semua spesies di Bumi lenyap dalam peristiwa ini.[21] Namun, kebinasaan ini juga memberikan peluang untuk berevolusi. Ekoran kepupusan ini, banyak spesies menjalani penyebaran menyesuai yang hebat, iaitu percapahan yang tiba-tiba dan peridi kepada bentuk-bentuk dan spesies-spesies baharu di dalam ceruk-ceruk ekologi yang terganggu dan kosong disebabkan peristiwa. Khususnya mamalia yang mempelbagaikan diri pada Paleogen,[22] menghasilkan bentuk-bentuk baharu seperti kuda, ikan paus, kelawar, dan mawas. Burung,[23] ikan[24] dan mungkin biawak turut menjalani proses ini.

Rujukan

WikiPedia: Peristiwa_kepupusan_Kapur–Paleogen http://adsabs.harvard.edu/abs/1980Sci...208.1095A http://adsabs.harvard.edu/abs/1991Geo....19..867H http://adsabs.harvard.edu/abs/1995Sci...267..637F http://adsabs.harvard.edu/abs/2009PNAS..106.5218F http://adsabs.harvard.edu/abs/2010Sci...327.1214S http://adsabs.harvard.edu/abs/2011PNAS..10815253L http://adsabs.harvard.edu/abs/2012PNAS..10921396L http://adsabs.harvard.edu/abs/2013PLoSO...876683R http://adsabs.harvard.edu/abs/2013Sci...339..684R http://adsabs.harvard.edu/abs/2014PNAS..111.7537V