Peristiwa_keruntuhan_Pasaraya_Jaya

Bangunan Pasar raya Jaya atau 'Jaya Supermarket' di Seksyen 14/20, Petaling Jaya, Selangor tiba-tiba runtuh pada hari Khamis, 28 Mei 2009, jam 5.00 petang. Bangunan itu runtuh sebelum sempat ia dirobohkan secara sempurna . Terdapat 5 jentera berat di bangunan 6 tingkat itu. Pekerja-pekerja telah memulakan kerja meruntuhkan bangunan itu sejak 20 hari sebelum itu. Terdapat 30 pekerja asing di dalam bangunan ketika bangunan itu tiba-tiba runtuh, tingkat demi tingkat.Struktur bangunan yang runtuh itu adalah satu pertiga dari keseluruhan bangunan yang berkeluasan 6,400 meter persegi meliputi bangunan 10 tingkat yang bersambung dengan bangunan lima tingkat.