Periuk_api
Periuk_api

Periuk_api

. Periuk api merupakan sejenis alat bahan letupan yang diletakkan di atas atau di bawah permukaan tanah. Ia akan meletup apabila dicetuskan oleh kenderaan, manusia ataupun haiwan. Periuk api biasanya merujuk kepada alat yang memang dibuat untuk tujuan ini, dan berbeza daripada "alat letupan spontan" ("IED").Periuk api digunakan untuk melindungi sempadan yang dipertikai dan untuk mengehadkan pergerakan musuh semasa perang. Dari segi taktik fungsi sama dengan kawat berduri atau gigi naga konkrit yang menghalang laluan askar musuh dan membolehkan kawasan itu dipertahankan dengan lebih mudah. Dari pandangan ketenteraan, periuk api dianggap sebagai "pengganda kuasa", membolehkan pasukan yang teratur mengatasi musuh yang lebih ramai.