Perjanjian_Inggeris-Siam_1909
Perjanjian_Inggeris-Siam_1909

Perjanjian_Inggeris-Siam_1909

Perjanjian Inggeris-Siam 1909, dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909, ialah perjanjian antara United Kingdom dan Thailand pada 1909. Perjanjian ini ditandatangani di Istana Raja Siam di Bangkok pada 10 Mac 1909 dan diratifikasikan pada 9 Julai 1909. Kajayaan perjanjian ini sebenarnya diusahakan dan dimulakan bersungguh-sungguh oleh Edward Henry Strobel Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Siam[1]. Beliau mendapati beberapa perjanjian yang dimeterai bersama Britain sebelum dia bertugas pada tahun 1906 di Siam merugikan Siam terutamanya hal ehwal perdagangan dua hala dan keistimewaan lain seperti dalam Bowring (1855) dan Perjanjian Rahsia (1897). Oleh itu, beliau telah menyatakan kepada W.D Beckett seorang pegawai pejabat kedutaan British di Bangkok pada tahun 1907 akan hasratnya untuk menyeimbangkan kedudukan hubungan perdagangan dan memansuhkan hak keistimewaan Britain di Siam dengan kesediaanya memujuk Raja Chulalongkorn menyerahkan negeri-negeri Melayu Utara seperti Kedah, Terangganu dan Kelantan sahaja kepada Britain sebagai ganjaran[2]. Tawaran itu mendapat reaksi positif daripada Ralph Paget, Duta Britain ke Siam serta Sir John Anderson, Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Gabenor Negeri-Negeri Selat apabila Strobel menulis cadangan itu secara bertulis seperti berikut:The Progress of Siam has been such of late years that i think the time has arrived when this goverment may look forward to more control over its own affairs and to less interference from without. To obtain such control is, my opinion well worth sacrificeof territory over which the Goverment does not excercise effective control and about which questions of difficulty may arise. ''In pursuance, therefore, of such policy of which the late Treaty with France is an example, I should be willing to propose to the Siamese Government the cession to Great Britain of the states of Kelantan, Trengganu, and Kedah, provided that the British Government would be willing to make the following concessions1. The abrogation of the Secret Agreement of 1897;2. The giving up of exterritoriality, at least to the extent which has been yield by France by the Treaty of the 23rd March this year.'[3]