Pengumuman pertunangan Perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle

Putera Harry dan Meghan Markle

Putera Henry dari Wales, yang dikenali sebagai Putera Harry,[4][nota 1] paduka putera kedua kepada Charles, Putera Wales dan Diana, Puteri Wales, dan orang kelima dalam susur galur pewarisan takhta British,[nota 2][5] dan Meghan Markle, seorang pelakon wanita Amerika Syarikat yang paling terkenal dengan wataknya dalam Suits, telah berada dalam hubungan sejak bulan Jun 2016. Hubungan itu mula-mula diakui pada 8 November 2016, ketika satu kenyataan rasmi dikeluarkan dari setiausaha komunikasi kerabat diraja yang menangani "gelombang penyalahgunaan dan gangguan" yang diarahkan kepada Markle.[6]

Pada 27 November 2017, Kerabat Clarence mengumumkan bahawa Putera Harry akan berkahwin dengan Meghan Markle pada musim bunga tahun 2018.[7] Mereka bertunang lebih awal pada bulan yang sama di London, dengan Putera memberikan Markle sebuah cincin pertunangan yang dibuat oleh Cleave and Company, yang terdiri daripada berlian tengah besar dari Botswana, dengan dua berlian kecil dari koleksi barang kemas mendiang bondanya.[8] Pada masa yang sama, diumumkan bahawa mereka akan bersemayam di Nottingham Cottage di perkarangan Istana Kensington berikutan perkahwinan mereka.[9]

Putera Wales, dan Ratu dan Duke Edinburgh menzahirkan perasaan suka cita baginda dalam berita tersebut, sementara sembah takzim tahniah datang dari pelbagai pemimpin politik, termasuk Perdana Menteri Britain, Theresa May, dan Pemimpin Pembangkang, Jeremy Corbyn. Selepas pengumuman tersebut, pasangan itu memberikan satu wawancara eksklusif kepada Mishal Husain dari BBC News.[9]

Markle akan menjadi rakyat Amerika kedua[nota 3] dan orang pertama dengan warisan berbilang kaum untuk berkahwin dengan kerabat diraja British.[10] Pengumuman pertunangan mendorong banyak komen mengenai kemungkinan kepentingan sosial Meghan Markle menjadi bangsawan dengan bangsa bercampur-campur.[11][12][13][14][15]

Walaupun Markle telah belajar di sebuah sekolah Katolik pada awal tahun, beliau tidak dikenal pasti sebagai Roman Katolik[16] dan akan dibaptiskan dan disahkan ke Gereja England sebelum perkahwinan. Gereja tidak lagi menolak perkahwinan dengan orang yang bercerai dengan pasangan hidup.[17][18] Selepas pertunangan itu, Markle memulakan proses selama bertahun-tahun untuk menjadi warganegara British.[19] Menurut beberapa sumber, beliau juga akan mengekalkan kewarganegaraan Amerika Syarikat beliau[20][21] tetapi Istana Kensington menyatakan pada akhir bulan November 2017 bahawa keputusan itu belum dibuat.[19] Pasangan itu telah dijemput untuk merayakan Krismas 2017 dengan kerabat diraja di estet Sandringham Ratu.[22]

Rujukan

WikiPedia: Perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle http://www.cbc.ca/news/world/prince-harry-meghan-m... http://www.bbc.com/news/uk-42138938 http://www.bbc.com/news/uk-42156565 http://www.bbc.com/news/uk-42369780 http://money.cnn.com/2017/11/27/news/economy/royal... http://www.elleuk.com/life-and-culture/news/a26855... http://abcnews.go.com/Entertainment/wireStory/brit... http://www.newsweek.com/prince-harry-and-meghan-ma... http://www.newsweek.com/why-meghan-markle-baptized... http://www.bbc.co.uk/news/topics/cpwpy79d6dxt/wedd...