Perkhidmatan_bas_RapidKL

Rapid Bus merupakan pengendali bas terbesar di Lembah Kelang ketika ini. Pada masa sekarang, terdapat 179 laluan bas penumpang yang dikendali Rapid Bus, setelah melalui langkah pembaharuan secara menyeluruh sepanjang tahun 2006. Bas-bas Rapid Bus terdiri daripada bas baru yang dibeli untuk menampung pembaharuan perkhidmatan, dan bas lama yang merupakan bekas bas berjenama Intrakota Komposit dan Cityliner yang dibeli oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad pada tahun 2003 dan dialihkan operasinya ke Rapid KL tahun berikutnya.