Perkhidmatan_perubatan_kecemasan
Perkhidmatan_perubatan_kecemasan

Perkhidmatan_perubatan_kecemasan

Perkhidmatan perubatan kecemasan (Bahasa Inggeris: emergency medical services, EMS) ialah sejenis perkhidmatan kecemasan yang berperanan menyediakan penjagaan perubatan akut di luar hospital atau dalam perjalanan ke hospital, kepada pesakit yang mengalami penyakit atau kecederaan yang dipercayai oleh pengamal perubatan atau pesakit itu sendiri sebagai kecemasan perubatan.[1]Tujuan perkhidmatan perubatan kecemasan biasanya adalah memberikan rawatan yang memuaskan kepada sesiapa yang memerlukan jagaan perubatan segera, ataupun membawa pesakit ke titik jagaan definitif yang seterusnya (jabatan kecemasan di hospital atau suatu tempat yang adanya pakar perubatan), tepat pada masanya. Istilah "perkhidmatan perubatan kecemasan" berubah untuk mencerminkan perubatan daripada sistem ambulans ringkas yang hanya memberikan pengangkutan, kepada suatu sistem yang memberikan jagaan perubatan sebenar di tempat kejadian dan juga dalam pengangkutan. Di sesetengah negara membangun, istilah ini tidak digunakan, ataupun disalah guna, kerana tiadanya rawatan kepada pesakit, sebaliknya sekadar mengangkut pesakit ke titik jagaan.[2]Di kebanyakan negara, perkhidmatan perubatan kecemasan dipanggil oleh orang awam (atau khidmat kecemasan lain, perniagaan atau pihak berkuasa) melalui nombor telefon kecemasan yang menghubungkan mereka dengan kemudahan kawalan yang kemudiannya mengutuskan pihak yang sesuai untuk berhadapan dengan situasi berkenaan.[3]Di sesetengah negara, unit EMS boleh menjalankan operasi penyelamatan teknikal seperti operasi mencari dan menyelamat.[4] Tahap latihan dan kelayakan untuk ahli-ahli dan kakitangan perkhidmatan perubatan kecemasan adalah berbeza-beza dari negara ke negara. Setidak-tidaknya, ahli-ahli yang hadir hanya layak untuk memandu ambulans tanpa latihan perubatan.[2] Akan tetapi, kebanyakan sistem ada kakitangan yang mempunyai pengetahuan pertolongan cemas yang asas, seperti bantuan hayat asas (BLS). Sistem EMS yang lebih lengkap pula dilengkapi dengan kakitangan bantuan hayat lanjutan (ALS) seperti paramedik, jururawat ataupun pakar perubatan.[5]