Perlis_FA
Perlis_FA

Perlis_FA

Persatuan Bola Sepak Perlis merupakan persatuan bola sepak yang mewakili negeri Perlis dalam kancah Liga Malaysia. Gelaran bagi Perlis ialah Singa Utara. Gelaran Singa Utara ini yang amat sinonim dengan Perlis ini kerana memiliki kekuatan yang ada dalam setiap anggota pasukan yang juga merupakan pencabar utama bagi pasukan lain dalam liga Malaysia ini.Pasukan Perlis telah mencatat sejarah apabila buat pertama kali dalam tempoh 83 tahun menjulang Piala Malaysia 2004 selepas menewaskan Kedah 1-0 dalam perlawanan akhir penuh dramatik di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Jaringan pasukan Perlis disumbangkan oleh pemain pertahan iaitu Adrien Jurad Chamrong. Jaringan yang dihasilkan berpunca daripada kesilapan penjaga gol Kedah, Megat Amir Faisal yang gagal membuat tangkapan kemas bola yang dilontarkan oleh Adrien Jurad Chamrong ke dalam kotak penalti pasukan Kedah itu. Jaringan 1 berbalas 0 ini berterusan ke minit-90 dan pasukan Perlis dinobatkan sebagai Juara Piala Malaysia 2004. Kemenangan ini amat bermakna untuk pasukan dan penyokong Singa Utara.Tidak cukup dengan kejayaan Piala Malaysia 2004, Perlis sekali lagi mara ke final Piala Malaysia 2005 dan 2006. Pada tahun 2005, Perlis telah tewas kepada pasukan Selangor dengan jaringan 0 berbalas 3. Namun, pada tahun 2006, Perlis telah menjadi Juara Piala Malaysia buat kali ke-2 menumpaskan pasukan Negeri Sembilan dengan jaringan 2-1.Pelbagai lagi kejayaan yang dicatatkan Pasukan Perlis Singa Utara ini.Selepas kejayaan demi kejayaan diraih oleh pasukan Perlis, pasukan Perlis selepas itu kian kemarau kemenangan dan kejuaran. Hal ini telah berlarutan sehingga tahun 2011 di mana pasukan Perlis berada di kedudukan yang terakhir dalam saingan liga super ketika itu.Dengan kedudukan itu, pasukan Perlis telah jatuh ke dalam liga Perdana pada tahun 2012. Prestasi pasukan perlis terus terumbang-ambing sehingga tahun 2014. Pada tahun 2014, Perlis berada di tangga ke-11 dalam liga perdana ketika itu. Hal ini menyebabkan Perlis telah jatuh ke dalam Liga FAM Malaysia.Kini, pada tahun 2015 Perlis yang berada dalam kumpulan A Liga FAM menjadi juara kumpulan dihadapan pencabar terdekat iaitu pasukan Real Mulia. Perlis dan Melaka United dari juara kumpulan B telah berentap pada final Liga FAM di Stadium Hang Jebat, Melaka. Pasukan Perlis dalam perlawanan tersebut telah tewas dengan jaringan 2 berbalas 3.Walau bagaimanapun,pasukan Perlis FA tetap layak mengiringi pasukan Melaka ke liga perdana 2016.Pada 20 Februari 2019 pihak MFL menyingkirkan Perlis FA dari bersaing dalam Liga Malaysia kerana masalah keewangan yang serius termasuk tunggakan gaji Pemain Selama 2 BULAN.