Permainan_berperanan
Permainan_berperanan

Permainan_berperanan

Sebuah permainan berperanan (bahasa Inggeris: role-playing game), seringkali disingkatkan sebagai RPG merupakan sebuah kategori permainan yang mana para pemain mengawal beberapa watak di dalam sebuah latar cereka. Para pemain bertanggungjawab atas peranan yang dimainkan mereka, selalunya di bawah suatu penceritaan yang ditetapkan, sama ada menerusi lakonan terus, membuat pilihan berstruktur ataupun menerusi sebuah pembangunan watak.[1] Tindakan yang dilakukan dalam sebuah permainan berperanan berjaya atau gagal bergantung kepada peraturan dan garis panduan sebuah sistem rasmi.[2]Bentuknya yang asal, kadang-kala digelar RPG pen dan kertas, dimainkan melalui ucapan, manakala para pemain permainan berperanan lakonan langsung secara fizikalnya melakukan tindakan untuk watak-watak mereka.[3] Dalam kedua-dua bentuk ini, seorang pengatur bergelar game master (GM) selalunya membuat keputusan dalam menyatakan peraturan dan latar yang akan digunakan dan berperanan sebagai seorang pengadil di samping para pemain yang lain memainkan peranan watak masing-masing.[4]