Perolakan
Perolakan

Perolakan

Perolakan ialah pergerakan ensembel molekul-molekul yang terdapat di dalam bendalir (misalnya, cecair, gas, dan reid). Perolakan jisim tidak boleh berlaku dengan pepejal, oleh sebab aliran arus pukal dan pembauran tidak boleh berlaku di dalam pepejal. Pembauran ataupun difusi haba boleh berlaku di dalam pepejal, akan tetapi, proses ini dibezakan daripada perolakan dan dikenali sebagai pengkonduktan terma. Model yang sesuai bagi memerikan perolakan ialah apabila kita mengambil sumber haba (misalnya penunu Bunsen) dan meletakkannya pada sisi gelas berisi cecair. Kita dapat merasakan kepanasan berbeza pada bahagian-bahagian berlainan gelas tersebut.Satu daripada ragam, ataupun mod, utama pemindahan haba ialah pemindahan haba berolak. Perolakan juga merupakan mod pemindahan jisim dalam bendalir. Haba berolak dan pemindahan jisim berlaku melalui kedua-dua difusi (peresapan) — pergerakan rawak yang terdapat dalam gerakan Brown zarah individu di dalam bendalir — dan juga dengan alir lintang, di mana jisim atau haba diangkut oleh arus yang lebih besar di dalam bendalir. Dalam konteks pemindahan haba dan jisim, istialh "perolakan" digunakan bagi merujuk kepada hasil tambah pemindahan melalui alir lintang dan peresapan.[1] Perhatikan bahawa dalam penggunaan awam, "perolakan" boleh merujuk kepada pemindahan haba melalui perolakan berbanding pemindahan jisim melalui perolakan, atau proses perolakan itu sendiri. Perolakan dapat dijelaskan lagi sama ada jenis semula jadi, paksaan, graviti, butir atau termomagnet. Ia juga boleh dikatakan berpunca daripada pembakaran, tindakan rerambut, atau kesan Marangoni dan kesan Weissenberg. Perolakan semula jadi memainkan peranan di dalam struktur atmosfera, lautan, dan mantel Bumi oleh sebab peranannya dalam pemindahan haba. Sel-sel perolakan diskret dapat kelihatan di dalam atmosfera sebagai awan atau ribut petir. Perolakan semula jadi juga memainkan peranan dalam bidang fizik najam.