Perpustakaan_Kongres_Amerika_Syarikat

Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat (Bahasa Inggeris: Library of Congress) merupakan perpustakaan penyelidikan yang berkhidmat untuk Kongres Amerika Syarikat dan merupakan perpustakaan negara untuk Amerika Syarikat. Ia merupakan institusi budaya persekutuan tertua di Amerika Syarikat. Perpustakaan ini ditempatkan di tiga bangunan di Capitol Hill di Washington, D.C ; selain menguruskan Kampus Packard di Culpeper, Virginia, yang menempatkan Pusat Pemuliharan Pandang-Dengar Kebangsaan. [1]Perpustakaan Kongres ini merupakan perpustakaan terbesar di dunia. .[2] Koleksinya adalah universal, tidak terhad kepada subjek, format, mahupun sempadan negara, serta termasuk bahan-bahan penyelidikan dari seluruh dunia dan dalam lebih dari 450 bahasa. Dua pertiga daripada buku-buku yang diperoleh setiap tahun adalah dalam bahasa selain bahasa Inggeris. [1]Perpustakaan Kongres berpindah ke Washington pada tahun 1800 selepas sebelas tahun berada di New York (Bandar Raya New York) dan Philadelphia. John J. Beckley, merupakan Pustakawan Kongres pertama dan dibayar sebanyak $ dua setiap hari. [3]Perpustakaan Kongresional kecil terletak di Kapitol Amerika Syarikat sekitar abad ke-19 sehingga awal 1890-an. Kebanyakan koleksi asal telah dimusnahkan oleh British pada tahun 1814, ketika Perang 1812. Untuk membina semula koleksi mereka, perpustakaan telah membeli koleksi peribadi bekas Presiden Amerika Syarikat, Thomas Jefferson sebanyak 6,487 buah buku. Namun, pada tahun 1851, kebakaran telah berlaku dan memusnahkan sejumlah besar koleksinya, termasuk buku-buku Jefferson. Selepas Perang Saudara Amerika, Perpustakaan Kongres berkembang pesat dalam membina saiz dan kepentingannya, yang mencetuskan kempen membeli salinan penggantu untuk koleksi-koleksi yang telah musnah dari sumber, koleksi dan perpustakaan lain.Perpustakaan menerima hak pemindahan semua koleksi yang mempunyai hak cipta dengan menyimpan dua buah salinan bagi setiap buku, peta, ilustrasi dan diagram yang dicetak di Amerika Syarikat. Merka turut mula membina koleksi British dan karya-karya dari Eropah serta karya-karya yang diterbitkan di negara-negara berbahasa Inggeris. Walaupun Perpustakaan Kongres dibuka untuk orang ramai, namun hanya pegawai kerajaan yang berpangkat tinggi sahaja dibenarkan untuk meminjam buku-buku dan bahan-bahan dalam Perpustakaan Kongres (kecuali peminjaman melalui Pinjaman Antara Perpustakaan, yang dibenarkan untuk orang awam).

Rujukan

WikiPedia: Perpustakaan_Kongres_Amerika_Syarikat http://www.amazon.com/Library-Congress-Architectur... http://www.dcmemorials.com/Groups_LibraryOfCongres... http://www.librarything.com/catalog.php?view=Thoma... http://www.librarything.com/profile/ThomasJefferso... http://www.mlfilms.com/productions/m_and_i http://www.questia.com/library/journal/1G1-2011150... http://www.questia.com/read/105212840/books-maps-a... http://thefederalregister.com/b.p/department/LIBRA... http://thefederalregister.com/rss/department/LIBRA... http://muse.jhu.edu/journals/libraries_and_culture...