Persatuan_Bola_Sepak_Selangor

Persatuan Bola Sepak Selangor (English: Football Association of Selangor) atau lebih dikenali sebagai Selangor merupakan persatuan sukan yang bertanggungjawab mengendali hal ehwal sukan bola sepak di negeri Selangor. Persatuan Bola Sepak Selangor adalah badan yang bertanggungjawab menguruskan sebuah pasukan bola sepak profesional mewakili negeri Selangor Darul Ehsan iaitu Selangor FA yang bertanding dalam Liga Malaysia. Stadium Shah Alam merupakan gelanggang keramat Selangor semenjak 1994 hingga kini. Walaupun begitu, sebelum beralih ke Stadium Shah Alam, Stadium Merdeka merupakan stadium yang lebih banyak menyaksikan kegemilangan dan kejayaan Selangor dalam arena sukan bola sepak di mana Selangor telah menjulang Piala Malaysia sebanyak 25x di stadium ini .

Persatuan_Bola_Sepak_Selangor

Diasaskan 22 Februari 1936
Stadium Stadium Shah Alam
(Muatan: 80,372)
Tapak sesawang Laman kelab
Nama penuh Persatuan Bola Sepak Selangor
(Football Association of Selangor)
Pengerusi Subahan Kamal
Gelaran Gergasi Merah (The Red Giants)
Merah Kuning (The Red Yellow)