Persatuan_Kesedaran_Krishna_Antarabangsa
Persatuan_Kesedaran_Krishna_Antarabangsa

Persatuan_Kesedaran_Krishna_Antarabangsa

Persatuan Kesedaran Krishna Antarabangsa (ISKCON), juga dikenali sebagai 'Hare Krishna', ialah sebuah pertubuhan agama Hindu yang ditubuhkan oleh A.C. Bhaktivedanta Swami Prabhupada pada tahun 1966. Sedangkan sesetengah orang mengelaskan taifah ini sebagai sebuah pergerakan agama yang baru, falsafah terasnya berdasarkan kitab-kitab seperti Bhagavad Gita dan Srimad Bhagavatam yang bertarikh beribu-ribu tahun dahulu. Kelihatan gerakan dan budayanya yang tersendiri datangnya daripada tradisi Vaishnavism Gaudiya yang mempunyai pengikut-pengikut di India sejak akhir dekad 1400-an lagi.ISKCON ditubuhkan untuk menyebarkan amalan 'Yoga Bhakti' (Yoga Pembaktian) di mana pengikut-pengikut (Bhakta) menumpukan pemikiran dan perbuatan mereka untuk menggembirakan Krishna yang diperlihatkan sebagai sama sahaja dengan Tuhan.