Persekitaran_atas_meja

Persekitaran atas meja ialah satu bentuk antara muka grafik pengguna yang terdapat pada kebanyakan komputer peribadi pada hari ini. Antara unsur utama dalam persekitaran atas meja ialah ikon, tetingkap, bar alatan, dan latar belakang.Sistem pengendalian Microsoft Windows dan Mac OS X masing-masing mempunyai persekitaran atas meja yang tersendiri. UNIX/Linux pula mempunyai pelbagai persekitaran atas meja. Antara yang terkenal ialah GNOME dan KDE.