Persekutuan_Hoki_Antarabangsa
Persekutuan_Hoki_Antarabangsa

Persekutuan_Hoki_Antarabangsa

"FIH" melencong ke sini. "FIH" juga ialah kod lapangan terbang IATA bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Kinshasa.Persekutuan Hoki Antarabangsa (Fédération Internationale de Hockey sur Gazon, atau FIH) adalah organisasi sukan antarabangsa untuk sukan hoki, atau juga dikenali dengan nama hoki padang di sesetengah negara.FIH telah ditubuhkan pada 7 Januari 1924 di Paris oleh Paul Léautey yang juga sebagai presiden pertama sebagai tindak balas kepada penyingkiran sukan hoki daripada program Sukan Olimpik 1924. Ketika itu, hanya tujuh negara yang terlibat dalam mengasaskan badan sukan antarabangsa tersebut. Tujuh negara itu adalah Austria, Belgium, Czechoslovakia, Perancis, Hungary, Sepanyol dan Switzerland. Kemudian FIH berkembang untuk mendapat ramai keahlian dan mencapai pengiktirafan antarabangsa. Pada tahun 1982, FIH bergabung dengan IFWHA (Persekutuan Hoki Wanita Antarabangsa), yang telah diasaskan pada tahun 1927 oleh Australia, Denmark, England, Ireland, Scotland, Afrika Selatan, Amerika Syarikat dan Wales.Pertubuhan ini berpusat di Lausanne semenjak 2005, selepas berpindah dari Brussel. Presiden terkini adalah Leandro Negre dari Sepanyol, yang telah dipilih pada 29 November 2008 di Los Angeles, California.[1]